Aku suka budaya melayu
Friday, 26 August 2011
Berbuka di rumah warga emas
Hi kawan -kawan ! Hari ini saya akan berkongsi sama anda pengalaman berbuka di rumah kebajikan Pertapis.Saya dan kawan bertemu di luar masjid Muhajirin.Setelah kawan semua sudah tiba kami memulakan perjalan.Setelah tiba di situ kami memberi salam dan pengurus di situ memperkenalkan kita pada semua warga di situ.Saya dapat peluang untuk bercakap bersama seorang pakcik yang bernama Khalid.Dia menceritakan saya tentang sejarah Singapura .Saya juga dapat belajar sedikit tentang Singapura dahulu. Sekarang saya tahu beberapa penting adanya warga emas dan setelah pengalaman ini saya lebih menyayangi datuk dan nenek saya lebih.Bila waktu berbuka ,kami semua memakan nasi bungkus.Tetapi yang paling bermakna ialah dapat melayan warga emas dengan sabah.Terima kasih.
berbuka di Haig road
Hi kawan -kawan,hari ini saya akan berkongsi pengalaman saya berbuka di Haig Road.Pertama sekali bapa saya mengajak kami sekeluarga berjalan -jalan di Geylang untuk mencari baju-baju raya ,setelah mendapatkan baju yang sesuai untuk kami sekeluarga bapa mengajak kami berjalan-jalan di bazar raya Geylang .AMBOIIII!!!!Banyaknye makanan di bazar raya meleleh air luih saya.Bila sudah dekat waktu berbuka kami mencari tempat duduk di Haig Road 'food court' dan beritahu bapa apa yang kami hendak makan.Adik saya meminta Mee rebus ,saya dan ibu meminta mutton chop dan bapa membeli mee goreng kuah.Sungguh sedap mutton chop yang saya makan.Setelah berbuka kami membeli makan di bazar dan bawa pulang untuk di makan di rumah.Itu sahajalah yang dapat saya berkongsi.
Wednesday, 24 August 2011
Makanan tradisional melayu
Makanan melayu terkenal dengan rasa kepedasannya dan lauk yang berempah.Makanan melayu tradisional pada Hari Raya Aidilfitri ialah ,Lemang ,ketupat dan lauk rendang.Pada pendapat saya,makanan melayu tradisional melayu harus disediakan dengan bahan-bahan tempatan.Rempah -rempah seperti cili ,belacan dan bawang kecil harus ditumbuk sendiri supaya mempunyai rasa yang unik.Ia juga harus dimasak dengan peralatan masak melayu tradisional.Itu sahaja yang boleh saya sampaikan .Terima kasih.
Monday, 22 August 2011
melayu. resipi makanan |
Ayam Panggang Bermadu Bahan-bahan: 1kg kepak ayam 1 senduk besar minyak bijan 2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) sedikit garam secukup rasa Cara memasak: Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... Udang Masak Serai Wangi Bahan-bahan: 600 gm udang harimau - digoreng setengah masak 4 batang serai 100 gm cili kering 100 gm bawang merah 100 gm cili merah 70 gm bawang putih 70 gm halia muda 3 sudu besar pati asam jawa 30 gm belacan bakar 100 gm pati santan Garam dan gula secukup rasa Cara memasak:
Ikan Siakap Kukus Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap sederhana besar 3 sudu besar sos tiram 2 susu besar sos cili 2 susu besar sos tomato 1 sudu gula 4cm halia - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang besar - dimayang 3 tangkai daun sup(saderi) 1/2 biji limau nipis garam secukup rasa Cara memasak:
Ikan Masak Berlada Bahan-bahan: 3 ~ 4 ekor ikan sembilang 10 biji cili merah - dikisar 2 batang serai - dititik 1 ulas bawang besar - dimayang kasar 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk air limau kasturi sedikit garam dan gula secukup rasa Cara memasak:
Ikan Kerapu Masak Asam Manis Bahan-bahan A: 1 ekor ikan kerapu 120gram tepung jagung 1 biji telur ayam Sedikit minyak (untuk goreng) Garam secukup rasa Bahan-bahan B: 5 ulas bawang merah - dikisar 5 ulas bawang putih - dikisar 3cm halia 1 batang serai - dititik 1 helai daun pandan 3 sudu cili sos 1 sudu cili giling Sedikit kunyit hidup 3 sudu tomato sos 3 cawan air Sedikit cuka masak Garam secukup rasa Cara memasak:
Untuk hiasan: Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun. Ayam Masak Cendawan Ala Cina Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 1 inci halia - dihiris 1 biji bawang besar - dihiris 6 ulas bawang putih - dicincang 4 ~ 5 tangkai cili padi Sedikit kicap lemak manis Sedikit sos tiram Cara memasak:
atas Pajeri Nenas Bahan-bahan: Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) Sedikit serbuk kunyit 4 biji bawang merah ] 2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang Biji sawi gula sikit garam secukup rasa Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air Cara memasak:
|
Makanan khasiat
Salam sejatera kawan-kawan ,saya hari ini mahu berkongsi tentang makanan sihat.Pada dua minggu lalu sekolah saya mengadakan kempen makan dan hidup gaya sihat.Di kempen itu saya dapat pelajari bagaimana kita boleh hidup sihat.Kebanyakkan lauk-pauk melayu menggunakan banyak minyak dan mengandungi kadar garam yang tinggi.Jika kita mahu makan dengan sihat kita harus mengurangkan gula ,minyak dan garam.Ada satu hidangan yang amat dikenali ramai ,boleh diubahsuai untuk membuat ia lebih berkhasiat iaitu Nasi lemak .Salah satu cara ialah daripada mengunakan santan kita boleh mengunakan susu rendah lemak .Dengan itu saya akan akhiri blog saya dan saya harap anda hidup gaya yang sihat.Terima kasih.
Sunday, 21 August 2011
MAKANAN DI BAZAR RAYA
Hi semua ,sihat?Saya harap semuanya sihat. Hari ini saya akan berkongsi sama anda tentang makanan di bazar raya.Bazar raya bukan sahaja boleh dijumpai di Singapura tetapi di merata negeri e.g. Malaysia danTurki . Tetapi saya cuma akan berkongsi pengalaman saya di Singapura sahaja kerana saya tidak pernah ke bazar raya di luar negeri .Pada minggu lalu saya ke bazar Geylang ,di situ saya dapat melihat banyak makanan yang menyelerakan dan enak- enak belaka.Antara makanan yang boleh dijumpai ialah kebab,burger Ramly,vadeh,dendeng , aiskrim dan macam -macam lagi.Makanan di bazar juga berbilang kaum seperti vadeh yang berasal dari India dan kebab yang berasal dari Turki. Bazar raya Geylang ini akan berakhir bila kami menyambut Hari Raya yang tidak lama lagi. Uhh..saya tidak sabar untuk menyambut Hari Raya .Jadi siapa yang belum ke bazar ,cepatlah kalau tidak rugiiiii!Terima kasih.
Saturday, 20 August 2011
kueh -kueh melayu
Hi semua !harap kamu semua sihat? Hari ini saya akan berkongsi sama anda kuih-muih orang melayu.Kuih- muih melayu bermacam-macam ,ia juga pelbagai dan berbagai jenis kuih- muih dan ia juga mempunyai rasa yang unik.Apa yang membuat saya suka makan kuih ialah kemanisannya seperti kuih makmur,tat,bangkit dan cookies.Apa yang istimewa tentang kuih ialah ia cuma dapat dijumpai bila kami menyambut HARI RAYA .Memakan kuih senang sahaja tetapi bila mahu membikin kuih-kuih memakan jam , tetapi inilah masa untuk mengeratkan silatulrahim antara keluarga kita dengan membikin kuih bersama keluarga.Ada juga kuih yang sudah jarang kita melihat pada hari raya seperti kueh ondeh-ondeh dan kueh lapis.Kuih -kuih juga tukar rupa dan banyak kuih baru dihasilkan disetiap era yang baru.Itu sahajalah yang dapat saya berkongsi .TERIMA KASIH!
Subscribe to:
Posts (Atom)