Sunday, 21 August 2011

MAKANAN DI BAZAR RAYA

Hi semua ,sihat?Saya harap semuanya sihat. Hari ini saya akan berkongsi sama anda tentang makanan di bazar raya.Bazar raya bukan sahaja boleh dijumpai di Singapura tetapi di merata negeri e.g. Malaysia danTurki . Tetapi saya cuma akan berkongsi pengalaman saya di Singapura sahaja kerana saya tidak pernah ke bazar raya di luar negeri .Pada minggu lalu saya ke bazar Geylang ,di situ saya dapat melihat banyak makanan yang menyelerakan dan  enak- enak belaka.Antara makanan yang boleh dijumpai ialah kebab,burger Ramly,vadeh,dendeng , aiskrim dan macam -macam lagi.Makanan di bazar juga berbilang kaum seperti vadeh yang berasal dari India dan kebab yang berasal dari Turki. Bazar raya Geylang ini akan berakhir bila kami menyambut Hari Raya yang tidak lama lagi. Uhh..saya tidak sabar untuk menyambut Hari Raya .Jadi siapa yang belum ke bazar ,cepatlah kalau tidak rugiiiii!Terima kasih.

1 comment:

  1. Hmm, saya suka pengalaman awak di bazaar geylang (: Saya pernah ke bazaar Johor. Bazaarnya tidak sama macam Singapura. Semuanya hanya makanan sahaja. Mereka tidak menjual baju-baju dan kasut-kasut macam bazaar kami. Dan makanannya sungguh lazat! :D Awak harus cuba ke bazaar johor untuk pengalaman awak untuk kali pertama (:

    - Hezlynne (:

    ReplyDelete